AGP Picks
View all

CompoSecure Membuka Pusat Reka Bentuk Baharu di London bagi Memenuhi Permintaan Antarabangsa yang Semakin Meningkat terhadap Kad Logam Premium

Studio Klien Baharu Berhampiran Tower Bridge Membolehkan Penerbit Kad Mereka Bentuk, Menguji, Menghasilkan Sampel & Memperhalusi Program Kad Logam Secara Masa Nyata dan Bersemuka

LONDON, Oct. 02, 2026 (GLOBE NEWSWIRE) -- CompoSecure, peneraju dalam kad pembayaran logam serta penyelesaian keselamatan dan pengesahan, hari ini membuka Pusat Reka Bentuk serta pejabat baharu di pusat bandar London. Melalui kemudahan ini, bank, syarikat fintech dan rakan program kad di seluruh Eropah, Timur Tengah dan Asia boleh mereka bentuk kad logam premium bersama pakar CompoSecure, menilai bahan siap serta teknik secara dekat dan mempercepatkan proses daripada konsep kepada spesifikasi. Sesi tersebut akan merangkumi khidmat nasihat strategik berhubung lima elemen utama yang menyumbang kepada keberkesanan sesuatu program kad logam.

Kad logam premium kini menjadi alat pembezaan utama bagi penerbit kad yang bersaing untuk memperoleh pelanggan baharu, meningkatkan pendapatan, mempertingkatkan pengalaman pelanggan dan mengekalkan kesetiaan. Bagi banyak penerbit antarabangsa, mereka bentuk program kad logam yang berjaya bermakna bekerjasama dari jauh dengan rakan kongsi yang sering berada di seberang lautan. Pusat Reka Bentuk London memudahkan proses tersebut.

Pengunjung boleh meneroka secara langsung pelbagai reka bentuk dan kemasan kad, daripada warna dan tekstur sehingga ukiran laser serta ciri terbenam. Mereka juga berpeluang bekerja secara langsung dengan pasukan reka bentuk, logam serta kejuruteraan CompoSecure di semua peringkat, daripada konsep dan visualisasi sehingga spesifikasi dan pelaksanaan.

“Program kad yang berjaya lahir daripada pembentukan visi bersama klien, dan ia lebih mudah dicapai apabila kita berada dalam bilik yang sama,” kata Ian Snadden, Ketua Pegawai Komersial Antarabangsa di CompoSecure. “Kad kini menjadi sebahagian daripada kehidupan harian pelanggan dan berfungsi sebagai perwakilan utama jenama bank. Oleh itu, penerbit perlu menilai serta merasai potensi yang ada. Di London, klien dapat merealisasikan proses tersebut dengan sokongan pakar kami di setiap peringkat, daripada lakaran awal hingga hasil akhir. Kami berbesar hati untuk mengalu-alukan klien dan rakan kongsi dari seluruh dunia.”

“Monavate telah bekerjasama rapat dengan CompoSecure dalam beberapa projek, termasuk kad logam MetaMask yang ikonik. “Kami telah menyertai sesi reka bentuk di ibu pejabat Amerika Syarikat dan kini menantikan peluang untuk bekerjasama dengan pakar mereka di Pusat Reka Bentuk London, selaras dengan rancangan kami untuk melancarkan beberapa program baharu di Eropah dan rantau Timur Tengah,” ujar Scott Lucas, Pengasas Bersama dan Presiden, Monavate.

Pusat Reka Bentuk itu terletak di sebuah bangunan industri yang telah dipulihkan di tepi Sungai Thames, satu persekitaran yang mencerminkan ketukangan dan kejuruteraan di sebalik setiap kad CompoSecure. Pelancaran ini meneruskan 25 tahun penciptaan bersama program kad di peringkat global dan menandakan langkah seterusnya dalam pertumbuhan antarabangsa syarikat.

Penerbit dan rakan kongsi boleh menempah sesi reka bentuk dengan menghubungi sales@composecure.com.

Perihal CompoSecure

CompoSecure, sebuah perniagaan GPGI (NYSE: GPGI), ialah pengeluar terkemuka Kad Pembayaran Logam Premium dan menawarkan penyelesaian Pengesahan serta Aset Digital terbaik. Tawaran syarikat ini menggabungkan keanggunan, kesederhanaan dan keselamatan untuk menyampaikan pengalaman luar biasa serta ketenangan fikiran, sekali gus membina kepercayaan jutaan orang di seluruh dunia. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.CompoSecure.com dan www.GetArculus.com.

Kenyataan Berpandangan Ke Hadapan

Siaran akhbar ini mengandungi kenyataan berpandangan ke hadapan sebagaimana yang ditakrifkan oleh Akta Pembaharuan Litigasi Sekuriti Persendirian 1995. Kenyataan berpandangan ke hadapan bukanlah fakta sejarah, sebaliknya merupakan kenyataan mengenai rancangan, jangkaan, sasaran, matlamat dan prestasi masa depan, termasuk berkaitan dengan kad logam, potensi kerjasama masa depan serta Pusat Reka Bentuk London. Walaupun kami percaya bahawa rancangan, niat dan jangkaan yang digambarkan atau disarankan melalui kenyataan berpandangan ke hadapan ini adalah munasabah, kami tidak dapat memberi jaminan bahawa rancangan, niat atau jangkaan tersebut akan dicapai atau direalisasikan. Kenyataan berpandangan ke hadapan sememangnya tertakluk kepada risiko, ketidakpastian dan andaian, termasuk tetapi tidak terhad kepada risiko yang berkaitan dengan rancangan dan strategi kami, termasuk pengembangan antarabangsa serta operasi Pusat Reka Bentuk London, permintaan daripada penerbit dan rakan kongsi, manfaat yang dijangka daripada kad logam, serta risiko tambahan yang didedahkan dalam laporan kami yang difailkan kepada Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa Amerika Syarikat, termasuk dalam bahagian bertajuk “Faktor Risiko”. Kenyataan berpandangan ke hadapan mungkin didahului, diikuti atau merangkumi perkataan seperti “mungkin,” “akan,” “sepatutnya,” “jangka,” “peluang,” “berhasrat,” “rancang,” “antisipasi,” “percaya,” “anggar,” “ramal,” “potensi,” “sasaran,” “matlamat” atau “terus,” serta bentuk negatif bagi istilah‑istilah ini atau istilah lain seumpamanya. Kenyataan berpandangan ke hadapan tidak seharusnya dijadikan sandaran sebagai ramalan peristiwa masa depan dan bukanlah jaminan prestasi atau hasil. Anda tidak seharusnya meletakkan kebergantungan berlebihan terhadap kenyataan berpandangan ke hadapan ini kerana ia hanya merujuk kepada tarikh siaran akhbar ini. Kami tidak mempunyai sebarang kewajipan untuk mengemas kini atau menyemak semula secara terbuka mana-mana kenyataan ini, sama ada akibat maklumat baharu, peristiwa masa depan atau sebaliknya, kecuali sebagaimana yang dikehendaki oleh undang‑undang terpakai. 

Hubungan Media
Stacey Gutman
sgutman@composecure.com
+1-908-356-8733


Legal Disclaimer:

EIN Presswire provides this news content "as is" without warranty of any kind. We do not accept any responsibility or liability for the accuracy, content, images, videos, licenses, completeness, legality, or reliability of the information contained in this article. If you have any complaints or copyright issues related to this article, kindly contact the author above.

Share this page:

Advanced Search Options

Search for:

Search scope:

Type:

Search in:

Date range:

The last

Sort by:

Sign up for:

Rhode Island Technology Weekly

The daily local news briefing you can trust. Every day. Subscribe now.

By signing up, you agree to our Terms & Conditions.